Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

UTM-AIIT METERAI MOA TINGKAT DAYA SAING PKS DI PERINGKAT ASEAN

Kongsi maklumat ini
Tags

dghkyKuala Lumpur – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Advanced Institute of Industrial Technology (AIIT) bagi melahirkan profesional industri dan meningkatkan daya saing perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di peringkat negara-negara anggota ASEAN.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata kerjasama itu bagi mempercepatkan integrasi ekonomi, mengimbangi pembangunan dan merapatkan jurang ekonomi PKS dalam rantau ASEAN.

Katanya, projek yang dibangunkan itu adalah juga Indeks Kredibiliti Perusahaan Kecil dan Sederhana (CIS) yang merupakan sistem penilaian kredibiliti dalam meningkatkan daya saing PKS di rantau ASEAN.

“CIS ini akan memberi maklum balas untuk memahami kekuatan dan kelemahan serta mengukuhkan daya saing dalam ekonomi global,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoA itu di sini.

Wahid berkata kerjasama itu selama dua tahun dibiayai oleh Japan-ASEAN Integration Fund.

MoA itu ditandatangai Wahid bersama Presiden AIIT Prof Dr Shintaro Ishijima.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.