Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

UTM tubuh dana khusus bantu siswa miskin

Kongsi maklumat ini
Tags

utm-logo.transformedJOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menubuhkan ‘Because We Care Chancellor’s Fund’ yang diilhamkan oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, bagi membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan. Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar, berkata sebagai permulaan, Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor UTM, berkenan menyumbangkan RM50,000 untuk tabung itu manakala kakitangan universiti dan orang ramai boleh menghulurkan sumbangan apabila tabung terbabit dilancarkan secara rasmi kelak. Katanya, tabung itu menyasarkan pelajar daripada keluarga miskin yang menghadapi masalah kewangan untuk meneruskan kehidupan harian di kampus. “Idea penubuhan tabung ini tercetus hasil lawatan singkat baginda ke UTM baru-baru ini. Pihak pengurusan menyambut baik cadangan itu kerana 45 peratus pelajar kita berasal daripada keluarga berpendapatan bawah RM3,000. “Tabung ini akan digunakan untuk kebajikan mereka. Sebelum ini, UTM turut mengagihkan kutipan zakat RM600 hingga RM1,000 kepada 900 penuntut yang layak setiap tahun, selain inisiatif menerusi tabung pinjaman yang memberi bantuan RM500 kepada penuntut memerlukan,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Tahun Baru 2016 di Dewan Sultan Iskandar, di sini hari ini. Sempena majlis berkenaan, Wahid turut menyempurnakan prapelancaran ‘Because We Care Chancellor’s Fund’.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.