Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

Vape Sudah Haram, Apa Lagi Nak Soal?

Kongsi maklumat ini
Tags

RAx-99VEVape adalah haram. Itu keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Terlerai sudah teka-teki sebelum ini berkenaan status vape yang semenjak dua menjak ini menjadi hangat dikalangan rakyat Malaysia.

Apa yang penting keputusan yang telah dibuat bukan ‘main taram’ sahaja. Sebaliknya kata putus yang dibuat adalah berdasarkan kajian dari pelbagai sudut syariah, perubatan dan saintifik.

Demi menutup keburukan yang lebih besar dan lebih bahaya yang mungkin berlaku pada masa hadapan, berlandaskan Qaedah Saad Al-Zaraia adalah tepat bagi pengharaman vape ini.

Penghisap vape mungkin tidak tahu apa implikasi vape ini dikemudian hari kerana berdasarkan kajian sudah tentu ada yang tidak kena dengan penggunaan rokok elektronik.

Tidak boleh lah jika hanya sekadar cakap-cakap kosong di kedai mamak berdasar logik akal dan penceritaan yang tampak positif mengenai vape dijadikan hujah-hujah untuk menidakkan pengharaman atas keburukan vape. Sekarang ini barangkali mereka tidak nampak lagi implikasi itu. Jadi adakah baik sekiranya ia dicegah sebelum terjadi?

Sebelum ini banyak yang mempersoal bagaimana pula dengan rokok yang mereka beranggapan tidak diharamkan. Padahal sudah jelas dan nyata bahawa rokok juga sudah difatwakan haram.

Haram tetap haram. Jadi adakah kita patuh kepada fatwa yang telah dibuat. Harus diingat, bukan suka-suka keputusan hendak dibuat, ianya isu halal dan haram dan jangan lah dipertikai sekiranya keputusan telah dibuat.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.