Kiriman pada: Wed, Aug 26th, 2015

Vendalisme Punca Kemudahan Jejantas Pejalan Kaki Rosak

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK TAN KENG CHOKKuala Lumpur – Kebanyakan kemudahan jejantas pejalan kaki di ibu negara mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan berikutan wujudnya perbuatan vendalisme yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Pengarah Eksekutif Pelaksanaan Projek dan Penyenggaraan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Tan Keng Chok berkata meskipun kemudahan jejantas pejalan kaki itu dibaiki, namun masalah itu sering kali berulang.

“Sebagai contoh lif di jejantas Brickfields sering kali mengalami kerosakan walaupun telah dibaiki sehingga DBKL membuat keputusan untuk menanggalkan lif yang terdapat di sana.

“Selain itu kebanyakan jejantas di Kuala Lumpur turut dijadikan tempat tinggal pengemis ataupun golongan gelandangan, penagih dadah dan situasi ini boleh menyebabkan berlakunya jenayah,” katanya kepada pemberita.

Tan berkata DBKL terpaksa memperuntukkan dana khas bagi membaiki dan menambah baik kemudahan itu bagi keselesaan pengguna.

Selain itu, Tan berkata DBKL sedang menaik taraf enam daripada 145 jejantas pejalan kaki di sekitar Kuala Lumpur dengan peruntukan lebih RM10 juta dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Jejantas yang baru siap di Jalan Ampang (berhampiran bangunan AIA) dan Kepong (depan pasar raya Jusco), sementara yang masih belum siap di Jalan Sentul, Stesen LRT Sungai Besi, Park n Ride di Sungai Besi dan Jalan Genting Klang (berhampiran Hospital Columbia),” jelasnya.

Tan berkata pada sidang media selepas merasmikan jejantas pejalan kaki di Jalan Ampang, berhampiran Sekolah Kebangsaan Convent 1 dan 2 Bukit Nanas, serta Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas.

Penambahbaikan jejantas baharu berhampiran sekolah itu disambut baik Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Convent 2, Datin Seri Ismalina Ismail.

Katanya selain dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, penambahbaikan kemudahan itu turut memberi jaminan keselamatan kepada para pelajar.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.