Kiriman pada: Fri, Jan 15th, 2016

Vida Beauty Sah Taja Kelantan RM20 Juta

Kongsi maklumat ini
Tags

vidaDalam majlis menandatangani Kontrak Penajaan Pasukan Liga Super Kelantan musim 2016, Vida Beauty telah bersetuju untuk memberikan tajaan berjumlah RM20 juta yang dijangka memberi nafas baharu dalam pembangunan bola sepak Kelantan, terutama kepada pasukan Liga Super The Red Warriors (TRW).

Dari jumlah tersebut, sebanyak RM16 juta untuk tajaan pasukan Kelantan, RM3 juta bagi kempen promosi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta RM1 juta menganjurkan Liga Datuk Seri Vida Pamoga Qu Puteh di peringkat sekolah, daerah dan negeri.
Dalam pada itu, Mohd Zainy turut menyambut baik perubahan warna Stadium Sultan Muhammad IV yang akan dicat dengan warna merah jambu, dan tempat khas untuk penyokong wanita.

“Langkah itu saya lihat akan menyemarakkan lagi sokongan terutama golongan wanita terhadap The Red Warriors, selepas ini.
“Malah Datuk Seri (Dr Hasmiza) juga berjanji untuk menambahbaik prasarana stadium dan ia sekali gus memberi kelegaan kepada kami,” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.