Kiriman pada: Thu, Jul 9th, 2015

Vietnam Jadi Saksi Jika Perampas Didakwa Di Malaysia

Kongsi maklumat ini
Tags

hdjdkyPutrajaya – Pihak Vietnam sedia untuk menjadi saksi sekiranya dakwaan ke atas perampas kapal tangki MT Orkim Harmony dijalankan di negara ini, kata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata keputusan sama ada kelapan-lapan suspek itu yang kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Vietnam akan diekstradisi ke Malaysia, dijangka diketahui dalam tempoh tiga atau empat hari lagi.

Beliau berkata lima pegawai kanan APMM yang diketuai Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Maritim, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkifli Abu Bakar kini berada di Hanoi bagi menguruskan keperluan berhubung perkara tersebut.

“APMM secepat mungkin mahu membawa suspek ke Malaysia, tetapi pendirian Vietnam perlu diambil pertimbangan kerana mereka juga mahu membuat siasatan dengan melihat data kelapan-lapan suspek.

“Vietnam mahu lihat sama ada suspek terlibat dengan jenayah terdahulu kerana negara itu mempunyai rekod rompakan di laut,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bersama warga APMM semalam.

Ahmad Puzi berkata kerjasama membabitkan anggota ASEAN khususnya Vietnam, Indonesia, Filipina, Singapura serta negara serantau seperti Australia amat diperlukan khusus berkaitan aspek yang tidak dimiliki Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.