Kiriman pada: Mon, Feb 15th, 2016

Wacana Beri Kefahaman Kepada Umum

Kongsi maklumat ini
Tags

tdukKUALA TERENGGANU – Penganjuran wacana ilmiah antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zain bukan bertujuan mencari silap mana-mana pihak.

Pengerusi Biro Agama Umno Kuala Terengganu, Ahmad Roslin Jaafar berkata, pertemuan dua tokoh itu dibuat secara ilmiah untuk memberi kefahaman kepada umum serta memurnikan keadaan menjadi lebih baik.

Menurutnya, jika ia bertujuan menentukan siapa menang dan kalah, sudah tentu ia menimbulkan masalah berpanjangan antara kedua-dua pihak di samping memberi imej negatif kepada Islam sendiri.

“Kita sokong jika ia benar-benar diadakan secara ilmiah tetapi kita bimbang ia menjadi keruh sekiranya masing-masing menggunakan emosi dan mencari siapa menang dan kalah.

“Takut yang menang akan bangga-banggakan kemenangannya. Kalau ikut lunas garis panduan secara ilmiah untuk datangkan kefahaman tiada masalah. Kita takut jadi permusuhan yang besar,” katanya.

Wacana antara kedua-dua pihak itu akan bersiaran 17 Februari ini secara langsung.

Menurut ahli jawatankuasa pelaksananya, Dr Rozaimi Ramli, perkara itu diputuskan hasil perbincangan terakhir setelah ahli panel bersetuju untuk diadakan siaran langsung supaya masyarakat dapat menilai.

Sementara itu, Ahmad Roslin berkata, selari dengan penganjuran Islam, perdebatan perlulah berhujah dengan ilmu tanpa mengambil kira kalah menang.

“Kita harap perkara ini tidak akan menjurus kepada perbalahan kerana dikhuatiri boleh mengundang kepada perpecahan Islam,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.