Kiriman pada: Fri, Jul 24th, 2015

Wadah Filem Untuk Pupuk Masyarakat Prihatin Ekologi

Kongsi maklumat ini
Tags

festKuala Lumpur – Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabangsa (KLEFF) Ke-8 Oktober ini, berobjektif menangani isu kritikal berkaitan alam sekitar menerusi tayangan filem, akan menyaksikan penyertaan lebih 150 filem dari seluruh dunia.

Pengarah festival, Fadly Bakhtiar berkata inisiatif itu merupakan usaha untuk pewujudan negara yang penduduknya prihatin terhadap aspek ekologi dengan mengamalkan gaya hidup lestari.

“Ia lebih mencabar apabila ‘alam sekitar’ bukan subjek yang paling menarik bagi kebanyakan orang dan isu seperti perubahan iklim, pengeluaran makanan secara mapan dan pengurusan sampah memerlukan tindakan segera dan positif.

“Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk melibatkan semua lapisan masyarakat menerusi platform ini dengan aktiviti-aktiviti mengenai kelestarian dapat dikongsi dengan orang ramai,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya cabaran utama ialah untuk membuatkan orang ramai sedar akan betapa penting untuk memahami alam sekitar dan, dengan penganjuran acara tahunan ini, ia akan membantu memberikan input baharu tentang kepentingan untuk ambil berat terhadap keadaan persekitaran ketika ini.

“Apabila mereka (orang ramai) dengar ‘eko’ atau ‘hijau’ mereka terus fikir ia membosankan, ceramah dan acara memeluk pokok. Kami mahukan kelainan dengan memaparkan alam sekitar yang menarik, ceria supaya pelawat dapat menerima idea kami,” katanya.

Selain mempromosikan pengeluaran lestari dan kepenggunaan hijau, KLEFF turut menonjolkan kebimbangan berhubung perkara itu seperti penduduk pribumi, hidupan liar dan makanan.

KLEFF berhasrat untuk meneruskan usahanya dalam memperkenalkan filem berkaitan alam sekitar yang muncul filem terbaik dan memenangi anugerah peringkat dunia pada festival itu dan mengangkatnya sebagai festival paling berprestij di rantau Asia Tenggara bagi pengeluar filem antarabangsa dan Malaysia.

Festival itu akan menyaksikan usahasama pintar antara korporat dan agensi kerajaan dalam membangunkan pelbagai program efektif tentang kelestarian bersama-sama orang awam.

Sejak tujuh tahun lepas, festival itu telah mendapat perhatian kira-kira 71,187 rakyat Malaysia menerusi tayangan filem di venue-venue di seluruh Semenanjung.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.