Kiriman pada: Mon, Jan 11th, 2016

Wahid jelaskan tiga salah faham dalam isu TPP

Kongsi maklumat ini
Tags

rsjrSHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini menjelaskan tiga perkara dalam Perjanjian Perkongsian Transpasifik (TPP).

Memetik penjelasannya yang dibuatnya hari ini, Wahid berkata, beliau mengambil pendekatan menjelaskan perkara tersebut menerusi laman web memandangkan beliau tidak berkesempatan untuk memberikan penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan menerusi Sidang Kemuncak TPP 2016 anjuran NGO anti TPP, semalam.

Antara perkara yang dijelaskan adalah melibatkan isu penjajahan, kos dan manfaat serta isu rundingan perjanjian.

“Soal penjajahan, tiada negara yang dipaksa untuk menyertai TPP. Semuanya termasuk Malaysia menyertai TPP kerana percaya akan manfaat bersama (mutual benefits) yang bakal dinikmati.

“Kita sedar bahawa kita hanya negara kecil dengan penduduk seramai hanya 31 juta dan saiz KDNK (GDP) sekitar ASD300 billion (RM 1319.57 bilion) . Sebab itulah kita menjuarai penubuhan Komuniti Ekonomi Asean bermula 31 Disember 2015 yang membolehkan saiz pasaran kita berkembang menjadi 620 juta penduduk dan saiz KDNK ASD2.5 trillion (RM11 trilion),” katanya.

Jelas Wahid lagi, dengan menyertai TPP, saiz pasaran negara akan lebih meluas dengan jumlah penduduk 800 juta dan saiz KDNK ASD27.5 trillion(RM 120.96 trilion) iaitu 40 peratus daripada saiz ekonomi dunia.

Kata Wahid lagi, penyertaan negara dalam mana-mana blok atau perjanjian perdagangan sudah tentu melibatkan kos dan manfaatnya.

“Selain analisa dalaman, kerajaan meminta Institut Kajian Strategi & Antarabangsa (ISIS) untuk melaksanakan Analisa Kepentingan Nasional dan PriceWaterhouse Coopers (PWC) untuk melaksanakan Kajian Kos dan Manfaat.

“ISIS telah membuat kesimpulan bahawa penyertaan Malaysia dalam TPP adalah demi kepentingan negara. Manakala PWC membuat kesimpulan TPP bakal memberikan manfaat bersih kepada ekonomi negara dengan potensi peningkatan ekonomi atau KDNK dalam jangka masa tahun 2018 hingga tahun 2027 atau peningkatan 0.60 peratus hingga 1.15 peratus pada tahun 2027,” katanya.

Ujarnya lagi, peningkatan ekonomi yang berterusan akan membolehkan rakyat mendapat peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih baik yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat.

Kata Wahid lagi, segala kegelisahan berhubung TPP akan dijawab oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 26 Januari dan 27 Januari ini.

“Saya percaya Kementerian dan agensi telah membuat yang terbaik mendapatkan terma-terma yang perlu untuk memelihara kepentingan negara. Ini termasuk pengiktirafan polisi Bumiputera dalam perjanjian TPP. Perkara ini tercapai kerana Malaysia telah menyertai rundingan awal.

“Apa juga kegelisahan atau kebimbangan boleh diutarakan oleh Ahli-ahli Parlimen dan akan dijawab oleh ‘Tok Pa’ (Mustapa) pada sesi Parlimen tersebut,” katanya lagi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.