Kiriman pada: Tue, Jan 17th, 2017

Wakil Rakyat BN Perlu Sentiasa Turun Padang Jaga Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Raub – Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Pahang perlu terus turun padang mendekati rakyat. Menteri Besar yang juga Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata amalan sedemikian bukan hanya untuk menghadapi pilihan raya seperti yang sering didakwa pembangkang.

“UMNO dan BN Pahang sudah bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum dan jentera pilihan raya termasuk di setiap 14 bahagian juga boleh digerakkan pada bila-bila masa.

“Bagaimanapun, paling penting ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen sentiasa turun padang menyelesaikan masalah pengundi di kawasan masing-masing,” katanya ketika berucap melancarkan jentera pilihan raya UMNO Bahagian Raub, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua UMNO bahagian Raub, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin dan Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, sikap prihatin pemimpin BN dan UMNO membela nasib rakyat adalah teras perjuangan parti yang memerintah kerajaan sejak mencapai kemerdekaan dan ia hendaklah dikekalkan.

Selain itu, beliau turut meminta jentera UMNO memastikan generasi muda di kawasan masing-masing mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab mengundi pada waktu yang ditetapkan.

“Oleh demikian, tidak mustahil BN dapat merampas kembali kerusi yang dikuasai pembangkang seperti Parlimen Raub yang dikuasai oleh DAP,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.