Kiriman pada: Fri, Jul 31st, 2015

Wakil Termuda Negara Ke Pertandingan Kemahiran Mahu Harum Nama Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

MAJLIS PENYERAHAN JALUR GEMILANGShah Alam – Wakil termuda negara ke Pertandingan Kemahiran Dunia 2015 (WSC 2015) di Sao Paulo, Brazil dari 11 hingga 16 Ogos ini berjanji akan mengharumkan nama negara.

Muhammad Yusri Rashidi, 19, dari Kolej Vokasional akan bertanding menentang kira-kira 40 peserta dari pelbagai negara dalam bidang automotif.

“Saya mula melakukan latihan persediaan sejak penghujung tahun lepas dengan jurulatih dan pensyarah dan saya yakin dengan tunjuk ajar mereka saya mampu bersaing dan melakukan yang terbaik,” kata pelajar tahun akhir Kolej Vokasional Arau ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis penyampaian Jalur Gemilang oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zalihar Abdul Ghani di Kolej Vokasional Shah Alam.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional KPM, Fauzi Abdullah.

Sementara itu jurulatihnya Ting Swee Keong berkata ini merupakan kali kedua beliau menjadi jurulatih kepada Muhammad Yusri yang kali pertama semasa Muhammad Yusri menjadi peserta dalam Asian Skill Competition 2014 di Hanoi, Vietnam yang beliau memenangi pingat gangsa dalam bidang automotif.

Katanya melatih Muhammad Yusri adalah agak mudah memandangkan anak muda berkenaan mempunyai pengetahuan asas yang kuat dalam bidang membaiki kereta.

Seramai 1,192 peserta dari seluruh dunia akan bertanding dalam 50 bidang kemahiran dalam pertandingan dwitahunan itu.

Bagi pertandingan kali ini Malaysia menghantar seramai 20 wakil untuk bertanding dalam 20 bidang kemahiran.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.