Kiriman pada: Wed, Feb 24th, 2016

Wanita tipu jual barangan bayi di FB ditahan

Kongsi maklumat ini
Tags

WAN AHMAD NAJMUDDIN MOHD / KETUA POLIS JOHORJOHOR BAHRU: Polis menahan seorang wanita dipercayai terbabit dengan penipuan jual beli barangan bayi menerusi internet dalam serbuan sebuah rumah dekat dekat Kampung Jawa, Kota Tinggi, semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata dalam serbuan kira-kira jam 5 petang itu, suspek berusia 26 tahun itu didapati turut terbabit dalam 16 kes menggunakan modus operandi sama di seluruh negara. Katanya, serbuan itu berdasarkan satu laporan bertarikh 16 Januari lalu di Balai Polis Senai berhubung penipuan di laman Facebook (FB) menggunakan akaun ‘Dhia Alesya Sofea’ yang mengiklankan produk barangan bayi seperti lampin pakai buang pada harga murah. “Selepas pengadu memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun dinyatakan, suspek memberi pelbagai alasan dan gagal dihubungi. “Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengesan dan menangkap suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihaknya akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek hari ini. Katanya, mereka yang menjadi mangsa suspek dan belum membuat laporan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan polis. “Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan membuat semakan teliti sebelum berurusan secara atas talian, terutama membabitkan harga barangan yang lebih murah berbanding harga pasaran,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.