Kiriman pada: Thu, Feb 25th, 2016

Warga Bangladesh Didenda Guna Sijil Kelahiran Orang Lain

Kongsi maklumat ini
Tags

xghjGerik – Seorang lelaki warga Bangladesh hari ini didenda RM2,000 atau penjara dua bulan atas kesalahan menggunakan sijil kelahiran milik orang lain selama 15 tahun.

Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho memerintahkan tertuduh yang dikenali sebagai Ahmad Basir, 38, merujuk kepada Jabatan Imigresen untuk dihantar pulang ke negara asalnya.

Menurut fakta kes, tertuduh ditahan oleh Pegawai Penguatkuasa Pendaftaran, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak pada 11.40 pagi, 18 Feb lepas di Ipoh kerana memberi maklumat palsu untuk memohon kad pengenalan.

Pada 11 Dis 2001, tertuduh telah membuat permohonan di JPN Gerik menggunakan sijil kelahiran nombor C749050 milik orang lain bernama Ahmad Basir Mat Rozali.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa dari JPN Perak Ahmad Firdaus Che Md Rose manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh yang datang secara sah ke negara ini menggunakan laluan udara pada 1991 membuat rayuan kerana mempunyai isteri yang merupakan rakyat tempatan dan empat orang anak yang masih bersekolah.

Bagaimanapun, Ahmad Firdaus memohon kepada majistret supaya tertuduh dikenakan hukuman yang setimpal kerana melibatkan aspek keselamatan negara.

Tertuduh kemudian membayar wang denda itu.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.