Kiriman pada: Wed, Aug 19th, 2015

Warga Emas Ditemui Mati Di Dalam Parit

Kongsi maklumat ini
Tags

hdgkykBintangor – Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak Isnin, ditemui mati dipercayai lemas di dalam parit di Km 8 Jalan Kelupu di sini lewat petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Kiew Chong Hock, 62, ditemui oleh orang awam yang kebetulan memancing ikan di lokasi tersebut, sekitar 5.52 petang dan kemudian memaklumkan kepada polis.

Beliau terlibat dalam kemalangan kendiri apabila motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit tersebut.

Ketua Polis Daerah Bintangor DSP Mohamad Hafipi Mohd Salim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.