Kiriman pada: Thu, Mar 12th, 2015

Waris Mangsa Penerbangan MH17 Mendapat Bayaran Pampasan Pendahuluan

Kongsi maklumat ini
Tags

liowpampasanKuala Lumpur – Sebanyak 164 waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 mendapat bayaran pampasan pendahuluan daripada kerajaan setakat 6 Mac lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

“MAS menawarkan bayaran pampasan pendahuluan sebanyak RM184,413 (AS$50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada setiap waris keluarga penumpang dan anak kapal.”

“Jumlah pampasan yang dibayar kepada waris mangsa adalah mengikut Montreal Convention 1999 berdasarkan pembuktian kerugian yang ditanggung setiap penumpang,” katanya.

Liow berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) yang diedarkan kepada media di lobi Dewan Rakyat

Mengenai bayaran pampasan pendahuluan kepada waris keluarga dan anak kapal pesawat MH370 pula sebanyak 52 orang menerima bayaran itu sehingga tempoh yang sama.

“Pihak MAS memaklumkan kepada waris mangsa kedua-dua pesawat malang itu pada 28 dan 29 Jan lepas berhubung kesediaan MAS untuk mengadakan rundingan mengenai bayaran pampasan penuh,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.