Kiriman pada: Wed, Jul 22nd, 2015

Waspada Dengan Pihak Yang Cuba Mengambil Kesempatan.

Kongsi maklumat ini
Tags

*Gambar sekadar hiasan

*Gambar sekadar hiasan

Malaysia sememangnya sebuah negara unik yang kaya dengan kepelbagaian kaum, etnik dan budaya – Justeru sudah tentulah rakyatnya juga memiliki kepercayaan dan anutan agama yang berbeza, serta adat resam yang tidak sama. Di sebalik segala perbezaan itu, yang pasti, kita sebagai rakyat Malaysia sudah sebati dengan kehadiran antara satu sama lain di bumi bertuah ini.

Sejak puluhan tahun dahulu kita bukan sekadar berkongsi nikmat keamanan dan kemakmuran negara malah lebih dari itu, Kita juga sentiasa berkongsi sikap toleransi dan saling hormat menghormati.

Namun kebelakangan ini timbul pelbagai isu yang jika tidak di tangani secara berhemah boleh memecah belahkan hubungan antara kaum. Lebih memburukkan lagi pihak yang tidak bertanggungjawab mengembar gemburkan keadaan dengan menyebarkan maklumat yang berbau perkauman khususnya melalui media sosial.

Bagi sebuah negar ayang di huni oleh masyarakat majmuk keadaan sedemikian perlu di hentikan segera. Jika tidak keamanan dan keharmonian yang di nikmati kini akan berkecai, Perlu di sedari perpecahan dan pemusuhanlah yang menjadi punca sesebuah negara itu lemah.

Apabila ia berlaku yang akhirnya anasir luar akan mudah mengambil peluang dan kesempatan. Saperti yang di pinta oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mahukan rakyat Malaysia berwaspada dalam menghadapi kemungkinan ancaman dalam dan luaran termasuk campur tangan kuasa asing yang mahu mengugat kestabilan dan kedaulatan negara.

Selain itu rakyat juga perlu bersiap siaga dengan sepenuh kekuatan untuk berdepan dengan segala kemungkinan serta realiti semasa, Malah Perdana Menteri juga turut mengesa rakyat menghentikan perbuatan fitnah menfitnah, Rakyat juga di ajak bersatu padu selain bersabar menghadapi ujian serta meneguhkan pendirian.

Semuanya tepat sekali apa yang di pinta oleh Perdana Menteri itu, Mahukah kita negara ini menjadi huru-hara, mudah di ceroboh dan tidak lagi selamat untuk di diami?, Sudah tentu jawapannya tidak, Malaysia adalah milik kita semua, dalam konteks ini kia tidak seharusnya bergantung kepada usaha pihak kerajaan semata-mata untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Sebagai warga yang bertanggungjawab dan sayangkan tanah air kita perlu memainkan peranan dan sentiasa menerima antara satu dengan yang lain, bertolak ansur dan elak daripada sebarang perkara yang menyentuh sensiviti sesuatu etenik, sekali gus mengenepikan politik kebencian dan perkauman.

Rakyat wajar mengambil iktibar daripada contoh-contoh masa lalu mengenai kemusnahan sesuatu tamadun dan negara bangsa akibat perselisihan, pergaduhan, permusuhan, hasad dengki dan pecah belah.

Ingatlah kemajuan, kekuatan, keamanan dan kestabilan negara kita Malaysia hanya akan dapat di capai sekiranya rakyatnya yang berbilang kaum ini bersatu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.