Kiriman pada: Wed, Jan 13th, 2016

Wee Ka Siong – Kesepakatan Pembangkang Hanya Untuk Berkuasa Sahaja

Kongsi maklumat ini
Tags

wee ka siongKetegangan didalam sesebuah parti politik adakalanya mengundang untuk pihak lain melihat atau menjengah apa yang berlaku di dalamnya semata, bukan untuk mencampuri urusan mereka selagi ianya tidak melibatkan kepentingan parti lawan.

Begitulah yang terjadi di dalam kelompok parti pembangkang yang kini dilihat semakin bercelaru dalam soal setia kawan yang mereka laungkan selama ini, dimana masing-masing cuba menyelamatkan leher masing-masing dari terjerut.

Sepertimana yang di ungkapkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang beliau terkejut dengan kumpulan (Parti) Pakatan Rakyat yang dulunya intim kehulu kehilir bersama tetapi hari ini mula bercakaran sesama sendiri.

Apa yang di lihat oleh beliau bagaikan sesuatu di luar jangkaan dan seolah-oleh Pakatan Pembangkang kini seperti celaru dengan gabungan mereka sendiri.

Beliau melihat kehadiran Parti Amanah seperti ‘isteri luar nikah’ yang mencacamarbakan hubungan mereka dengan Parti PAS yang selama ini mereka tunggang selayaknya kehulu-kehilir.

Yang nyata kumpulan mereka ini rakus untuk berkuasa dan sagup mengunakan apa sahaja peluang yang datang agar terus kekal berkuasa, mereka sanggup mengkhianati sesama mereka semi sebuah kuasa.

Wee Ka Siong turut menyatakan bahawa sama ada apa yang berlaku di dalam Pakatan Harapan/Rakyat adalah satu sandiwara atau realiti, pokoknya masing-masing memang rakus kuasa.

“Adakah mereka berpegang kepada prinsip perjuangan seperti PAS dahulu atau dianggap mereka moderate dan liberal?

Di Kelantan mereka membentuk jawatankuasa mengkaji perlaksanaan hudup, tetapi di Selangor mereka mengatakan mereka bebas dan moderate, lain negeri lain pula cara pentadbiran mereka walaupun dalam satu parti.

Wee Ka Siong juga turut mempertikaikan kenyataan Rafizi yang berdolak-dalik dalam isu yang melibatkan hukum-hakam agama bila mana beliau mengatakan bahawa beiau tidak menolak hudud ketika bersama PAS tetapi bila bersama Parti Amanah beliau mengatakan kemenangan parti lebih utama dari hudud.

Yang nyata kesepakatan yang di war-warkan oleh parti pembangkang hanyalah rektorik sahaja kerana sahingga hari ini rakyat tidak nampak pun dimanakah kesepakatan yang di laungkan oleh parti tersebut.

Mereka tidak mempunyai prinsip perjuangan yang sebenar memiliki pengurusan parti yang bercelaru, mereka ini berjuang hanya untuk memancing undi dan untuk berkuasa selainnya bolehlah di bakul sampahkan sahaja.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.