Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Wee Ka Siong – Rakyat Malaysia Tidak harus Terlalu Memilih.

Kongsi maklumat ini
Tags

wee (1)Adalah sesuatu yang tidak masuk akal jika ada rakyat negara ini membuat tuntutan gaji yang tinggi walhal mereka tidak mempunyai apa-apa asas atau pengalaman didalam pekerjaan yang boleh menarik minat majikan untuk membayar upah kerja yang tinggi buat mereka.

‘Rakyat di Malaysia masih beruntung kerana negara masih mengekalkan pertumbuhan ekonomi di persekitaran 4 hingga 5 % sekali gus menyediakan ruang pekerjaan yang banyak, mereka harus bersifat realistik’.

Demikian pendapat Datuk Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang diluahkan melalui ucapan beliau semasa merasmikan “Johor Career and Graduates Expo” di Johor Bahru.

“Ia adalah perkara biasa jika syarikat enggan untuk membayar gaji tinggi kepada mereka yang masih bergelar graduan yang baru lulus kerana para graduan ini seharusnya mendapat cukup pengetahuan dan pengalaman dahulu didalam bidang yang mereka pilih”.

Adakalanya mereka terutama yang bergelar graduan tidak mampu berkomunikasi dengan baik terutama didalam bahasa Inggeris yang mana bahasa Inggeris ini menjadi bahasa utama di dalam sektor koperat dan perdagangan.

“Para graduan harus menajamkan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi untuk menjadi graduan yang mampu bersaing”, kata Datuk Wee.

Selain itu salah satu cara terbaik untuk para graduan untuk mendapatkan pekerjaan adalah melalui cara program “internship”.

Datuk Wee juga berkata para graduan harus bersikap realistik dan pragmatik apabila ditawarkan pekerjaan dengan gaji permulaan yang agak rendah, sekurang-kurangnya mereka boleh menimba pengalaman, amat tidak lojik jika baru mahu mula bekerja sudah meminta gaji yang tinggi dan tidak munasabah.

Para graduan kita seharusnya melihat bagaimana pekerja asing mampu meraih pendapatan RM1000 dengan mudah, apa yang mereka tunjukkan adalah rajin bekerja, walaupun dengan nilai RM1000 sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai pekerjaan dan tidak menyalahkan orang lain.

Ini memberi gambaran bahawa para graduan seharusnya menerima sahaja dahulu walaupun berapa pendapatannya sebelum mendapat peluang yang lebih baik, daripada mereka melepak di rumah atau berpeleseran di pusat-pusat membeli belah.

Dimaklumkan para lepasan graduan yang baru mewakili 35.3% dari jumlah 400,000 pencari pekerjaan di seluruh negara, manakala pasaran kerja terbanyak ketika ini adalah didalam sektor perkilangan, perbankan, pembinaan, IT dan komunikasi serta pemborongan dan peruncitan.

Kerajaan sentiasa berusaha dan memikirkan untuk menambah peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini, tetapi jika rakyat sendiri terlalu memilih dan meminta maka hasrat kerajaan mahu melihat sifar penganguran tidak akan tercapai buat masa akan datang.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.