Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

Wee Ka Siong – Saya Tidak Pernah Menyebut Perkara Itu.

Kongsi maklumat ini
Tags

20151002HCZb006_700_484_c1Kalut seketika para pelajar terutama mereka yang akan menyambung pelajaran, apabila membaca ‘cerita’ bahawa pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), akan dihapuskan dan dimansuhkan bermula tahun 2016 ini.

Mau tidaknya kerana biasiswa JPA lah yang menjadi harapan kepada pelajar untuk menampong kos pembelajaran mereka, jika ini tiada, manakan ibu bapa mereka boleh mendapatkan kemudahan ini terutama bagi mereka yang akan melanjutkan pelajaran keluar negara, ianya melibatkan kos yang amat tinggi.

Menurut cerita tersebut ianya di ‘sah’ kan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB datuk Wee Ka Siong, malah mereka juga mendakwa sambungan kepada portal sesawang untuk permohonan penjiman JPA juga telah di tiadakan.

Malah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pula turut membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut melalui satu kenyataan media mereka siang tadi.

Mereka mendakwa telah berhubung sendiri dengan pihak JPA hari ini dan mendapati bahawa tidak ada sebarang arahan dikeluarkan daripada pihak kepimpinan tertinggi kerajaan termasuk Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak kepada JPA untuk menggantung mana-mana skim biasiswa di bawah jabatan itu.

Baik, jika sudah jelas tiada penghapusan biasiswa bekenaan untuk apa lagi hendak dibidasnya ‘kenyataan’ Datuk Wee Ka Siong itu.

Sepatutnya pihak Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berhubung terus dengan pihak atau wakil Datuk Wee untuk mendapatkan kepastian berhubung ‘kenyataan’ tersebut, adakah ianya benar-benar di keluarkan oleh beliau.

Jika Perdana Menteri sendiri tidak memberi arahan masakan menteri-menteri berkenaan berani membuat sesuatu keputusan yang bertentangan dengan kehendak Perdana Menteri.

Sedangkan kita sendiri pun sedar bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengabaikan dan mengenepikan soal pendidikan walaupun akan berlaku pengubahsuaian bajet 2016 yang akan di umumkan nanti.

Menurut Setiauasaha Sulit Media kepada Datuk Wee Ka Siong bahawa ‘Boss’nya tidak pernah membuat kenyataan seperti itu (Biasiswa JPA 2016 Dihapuskan dan Dimansuhkan) kepada mana-mana pihak.

Oleh itu isu penghapusan biasiswa JPA adalah tidak benar sama sekali.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.