Kiriman pada: Fri, Aug 7th, 2015

Wira Bangsa Yang Tersembunyi

Kongsi maklumat ini
Tags

wirabangsaSejak mengambil alih jawatan sebagai PM, perkara utama yang telah dilaksanakan oleh Najib adalah untuk mendamaikan negara dan umat Islam yang bertelagah.

Dalam kemelut dan situasi politik yang berlaku sekarang kitasebagai aktivis ummah duduk berdiskusi dan cuba melihat daripada sudut persepsi serantau. Menyelak, mengkaji dan cuba membaca senario dunia yang sedang berlegar daripada dulu hingga kepada kemelut mutakhir yang sedang berlaku.

PM Najib telah berjaya mengatur pertemuan Fatah dan Hamas di Kuala Lumpur, selepas pengeboman berhari-hari di Gaza oleh Israel di saat para pemimpin negara Islam yang lain sekadar melihat dan tidak melakukan apa-apa tindakan yang sepatutnya.

Malaysia secara langung atau tidak langsung telah memberikan pelbagai bantuan kepada umat Islam Palestin bagi memulakan semula kehidupan mereka selepas dimusnahkan Israel. Dato’ Seri Najib juga menjadi PM Malaysia dan antara pemimpin dunia Islam yang berani menghadapi risiko masuk dan berjumpa pemimpin HAMAS di Gaza.

Beliau juga berusaha menamatkan konflik 70 tahun umat Islam di Selatan Filipina yang ditembak oleh peluru kerajaan negara itu.

Kuala Lumpur menjadi penyelaras kepada pendamaian dan menubuhan wilayah Bangsa Moro di Selatan Filipina dan diharap dengan pendamaian di situ masalah PATI di Sabah juga akan selesai.

PM Najib memainkan peranan utama menyelesaikan konflik 50 tahun Selatan Thailand, di mana umat Islam di negara itu mendakwa di diskriminasikan berbanding rakyat Thailand di utara negara Gajah putih itu.

Wujud konflik agama dan pemberontakan, Kuala Lumpur sekali lagi memainkan peranan utama ke arah pendamaian di Selatan Thailand.

Mungkin ada yang mendakwa zaman Tun Mahathir jadi PM dulu dia buat perkara yang sama.

Untuk rekod, masa zaman Dr Mahathir jadi PM, semua bantuan kepada umat Islam Filipina, Palestin, Bosnia, Selatan Thai dibuat secara rahsia, dan lebih berorentasikan memperkasa pertahanan umat Islam bukan orentasi perdamaian seperti PM Najib.

PM Najib berani mengambil risiko untuk ‘rock the boat’ dengan mengusulkan berbagai pendamaian di wilayah Islam termasuk di Palestin antara Fatah dan Hamas.

Keberanian beliau sudah pasti mengundang dua perkara, pertama sokongan daripada pemimpin-pemimpin umat Islam di seluruh dunia (kita lihat perubahan pandangan terhadap Najib dikalangan pimpinan PAS).

Kedua, serangan daripada musuh Islam seperti Israel (yang mahu Anwar jadi PM), para pelobi Yahudi seperti media sosial mereka WSJ, dan para pembuat senjata yang rugi jika wujud pendamaian di wilayah bergolak selama puluhan tahun.

Baik, dari sudut logik ini, jika saya seorang multibillioner Arab dan berkawan dengan PM Najib, melihat kepada sumbangannya kepada Islam dan perdamaian sejak menjadi PM, apakah susah saya mahu memberikan sumbangan kepada beliau?

Mari bertanya kepada diri kita, jika bertemu dengan kawan yang berani ke depan dalam memperjuangankan apa yang kita mahukan, tapi tidak berani lakukan secara terbuka, dan beliau perlukan dana. Apakah kita akan berikan, kerana kita tahu itulah caranya melakukan amal jariah atau infak untuk kepentingan umat.

Ingatlah saudara-saudaraku bahawa kita berada di dunia akhir zaman. Dunia yang segala fitnah dan cerita rekaan disebar luaskan khasnya melalui media sosial sehingga kita menjadi keliru antara kebenaran dan kepalsuan.

Mungkin PM Najib bukanlah PM yang terbaik namun kita harus bersama-sama mempertahankan kedaulatan Islam drp diserang daripada segala sudut yang akhirnya akan merugikan kita.

Jadikan sejarah kejatuhan sistem Khalifah Uthmaniah Turki di mana ianya digulingkan oleh Kamal Antartuk melalui fitnah dan pelbagai cerita rekaan yang membuatkan rakyat Turki marah sehingga jatuhnya Khalifah Islam yang terakhir itu.

Saudara mungkin boleh bersetuju atau tidak dengan pandangan saya namun gunakan rasionalisme dalam membuat justifikasi dan bukannya berasaskan rasa amarah yang akhirnya akan merugikan kita semua.

Oleh – Tinta Kalam

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.