Kiriman pada: Mon, Jul 27th, 2015

WSJ Diselar Kerana Cetek Pengetahuan Tentang Malaysia Dan Sejarahnya

Kongsi maklumat ini
Tags

1 ANNPutrajaya – The Wall Street Journal (WSJ) begitu pantas mengkritik Malaysia, namun ini menampakkan betapa ceteknya pengetahuan dan pemahaman WSJ mengenai negara ini dan sejarahnya, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam surat terbuka kepada harian berpangkalan di New York itu mengenai komentar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam WSJ, Anifah berkata “suara tentangan” yang bekas ketua pembangkang itu dakwa tidak dapat didengar adalah sebenarnya dominan dalam media berita online Malaysia, yang mempunyai jauh lebih ramai pembaca dari media cetak.

“Jika seseorang meragui “kebebasan asas” rakyat Malaysia, mereka sendiri boleh lihat betapa bebasnya seseorang itu mengkritik kerajaan di laman berita ini,” ujar beliau.

“Adalah menyedihkan WSJ termakan dakwaan yang kecewa dan tidak berasas oleh seorang ahli politik dan mengemukakannya sebagai fakta – dengan itu bersikap memihak dalam politik dalaman Malaysia,” katanya.

Malahan, kata Anifah, sesetengah pihak bercakap begitu positif tentang Malaysia kebelakangan ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.