Kiriman pada: Mon, Feb 8th, 2016

YA1M Buat Konsert Penghargaan SM Salim

Kongsi maklumat ini
Tags

salim1.jpg.transformedKuala Lumpur – Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) telah memilih 12 Mac untuk membuat konsert penghargaan untuk Tan Sri SM Salim.

Konsert penghargaan itu akan dijadualkan berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengerusi YA1M, Datuk DJ Dave, berkata sejak beberapa pertemuan dengan Tan Sri (SM Salim) awal tahun lalu, YA1M sudah merangka perjalanan konsert yang diadakan khusus sebagai menghargai sumbangannya pada industri selama enam dekad.

Katanya, YA1M telah mengumpul 15 penyanyi lama dan baharu yang pernah berpadu suara dengan tokoh seni itu untuk merealisasikan Konsert Penghargaan Legenda Hidup – Tan Sri SM Salim.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.