Kiriman pada: Sun, Aug 30th, 2015

Yahudi Dah Lama Kata Umat Islam Malaysia Bodoh

Kongsi maklumat ini
Tags

Kalimah_Allah_Melayu_BodohKetika Empayar Turki Othmaniyyah berada pada penghujung pemerintahannya, ia adalah merupakan satu empayar yg sangat dibenci oleh rakyat. Mereka meluat melihat Sultan2 Turki Othmaniyyah yg kononnya lemah dan korup.

Lemahnya Turki Othmaniyyah hinggakan apabila British, Perancis dan Tentera Perikatan memasuki Istanbul selepas kekalahan Othmaniyyah pada Perang Dunia Pertama, Sultan Terakhir Othmaniyyah iaitu Sultan Wahiduddin langsung tidak berbuat apa2 untuk membebaskan bumi Turki dan membiarkan Greece menjarah bumi Turki sepuas2nya.

Atas sebab itu rakyat bersatu bersama Mustafa Kamal Attaturk. Apabila Mustafa Kamal berjaya menghalau penjajah, rakyat dengan senang hati membuang khilafah dan kesultanan Othamniyyah. Sejarah menjadi bukti betapa bejatnya pemerintah Mustafa Kamal selepas dari itu dgn sekularismenya.

Namun adakah logik Mustafa Kamal mendapat kekuatan sokongan yg sebegitu kuat utk meruntuhkan sistem khilafah Islamiyah tanpa sokongan padu dari rakyat pada zamannya? Sudah semestinya rakyat telah terlalu marah, meluat dan benci hingga hasutan Mustafa Kamal dimakan oleh mereka. Mustahil Mustafa Kamal dapat berkuasa tanpa sokongan dari rakyat Turki.

Ya. Umat Islam di Turki menyesal menyokong Mustafa Kamal kerana kerosakkan yg dilakukannya pada Islam kekal hingga kini. Jalan keluar termudah yg diambil adalah dgn cara memuji Dinasti Turki Othmaniyyah yg dahulu mereka benci dan hina. Mereka mahu kembalikan sistem khilafah sambil menyalahkan yahudi dan barat sebagai punca mereka tertipu, memusuhi dan menggulingkan sistem khalifah tertua dunia.

Pemerintahan Othmaniyyah yg menindas, berpoya2, tidak berhukum dgn hukum Allah, membuang syura dan melaksanakan parlimen sekular, membuang serban dan digantikan tarbus itu dipuji dan dipuja kerana orang Islam mudah lupa dan mudah diperbodohkan.

Demikian juga dgn zaman Tun Mahathir. Siapa tidak ingat betapa banyak makian dan cacian dilemparkan kepada Tun? Dialah Perdana Menteri paling korup di dunia malah disamakan kezalimannnya dgn Firaun oleh pembangkang. Manusia paling zalim yg menyumbat musuh2 politiknya ke dalam tahanan tanpa bicara puluhan tahun lamanya.

Namun dalam sekelip mata, puak2 yg mencercanya selama ini kini mengangkatnya sebagai wira negara. Dalam sekelip mata dia disanjung sebagai pahlawan dan segala ‘kerosakan’ yg dilakukannya termasuk menzalimi DSAI (mengikut neraca pemikiran pembangkang) telah dilupakan. Dia lah harapan bagi memulihkan negara yang kononnya amat bobrok dan kritikal kini.

Kita tidak hairan apabila sejarah menilai seseorang itu berbeza dengan penilaian pada masa sekarang. Mereka menentang Najib Tun Razak kini, namun 20 atau 30 tahun lagi golongan ini juga yang akan memuji dan memuja Najib kerana pada masa itu mereka diperintah oleh pemerintah yg lebih celaka dan lebih zalim. Pada ketika itu mereka akan merindui zaman pemerintahan Najib dgn mengatakan itulah syurga dan zaman kegemilangan Malaysia, sebagaimana mereka mencerca Mahathir dan akhirnya mengakui bahawa pemerintahan Mahathir adalah zaman emas Malaysia.

Umat Islam khususnya Melayu adalah umat yg mudah lupa dan tidak bersyukur. Tun sebut Melayu mudah lupa dan beliau tidak silap. Beliau sendiri adalah testimoni hidup (living testimony) betapa rakyat Malaysia mempunyai penyakit amnesia spt Alzheimer’s disease.

Teringat saya kepada kata2 Bekas Menteri Pertahanan Israel Zionis Moshe Dayan, yang pernah menulis tentang kelemahan dan kebodohan umat Islam.

1. Umat Islam tak pernah belajar dari sejarah lampau .

2. Umat Islam tak merancang dengan teliti .

3. Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca .

Sebaik sahaja artikel itu diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka bimbang orang Islam akan mengubah kelemahan-kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun apa yang dijawab Moshe Dayan ?

“Tidak perlu risau. Orang-orang Islam takkan tau . Diorang bukannya membaca pun.”

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.