Kiriman pada: Mon, Dec 5th, 2016

Yakinkah Melayu Masih Berkuasa Dengan Kerajaan Pembangkang

Kongsi maklumat ini
Tags

yakinkahmelayuJika di ikutkan kenyataan yang di buat oleh Presiden parti PPBM baha DAP bersetuju untuk Melayu meneraju negara hanya bersifat menabur gula-gula kepada rakyat dan Bangsa Melayu, sedangkan hakikat sebenarnya jauh disudut hati mereka berkata lantaklah apa nak jadi dengan Melayu yang penting nafsu serakah dapat di tunaikan dan dendam terbalas.

Seperti apa yang berlaku di Kelantan dan Selangor boleh dijadikan contoh bagaimana pembangkang menguruskan negara ini, di Selangor walaupun Rajanya Melayu, Menteri Besar nya Melayu tetapi soal halal haram yang menentukan adalah puak DAP dan bukannya kerajaan negeri, kerajaan Negeri hanya sebagai rubber stamp sahaja didalam kerajaan, yang membuat keputusan adalah parti yang terkuat didalam pembangkang.

UMNO tidak boleh di katakan sebagai sebuah parti yang cukup lengkap dan bersifat, masih ada lompongnya kerana sentiasa ditebok dan dikorek oleh ahlinya yang mengkhianati dinding pelingdung dan kerahsiaan dalaman parti, sahinggakan presidennya sendiri di hina dan dicemuh oleh ahli-ahlinya sendiri kerana inginkan sesuatu dari laba dunia, harta dan tahta.

Yakinkan orang Melayu bahawa Melayu kekal berkuasa didalam pembangkang sekiranya diberi kuasa untuk menguruskan negara, terhindarkan negara dari isu rasuah dan salah guna kuasa, jika benara ini boleh berlaku apa sudah suci kah negeri Selangor dari isu rasuah dan salah guna kuasa, begitu juga Pulau Pinang dan Kelantan.whatsapp-image-2016-12-05-at-9-33-06-am

Terjagakah kebajikan orang Melayu di negeri contoh ini? jika sudah terjaga dan terbela maka seharusnya kita boleh mengubahnya, memasuki rumah yang sudah lengkap sedia ada kelengkapan amatlah menyeronokkan, kita pun tidak bertanya kelengkapan ini dari sumber mana, halalkah atau haramkah, kita tidak memikirkannya, tetapi sahingga kini kita juga tidak memikirkan halal dan haramnya sumber yang didapati hari ini dan wang yang dibelanjakan bersumberkan halal atau haram.

Ketika kerajaan Barisan Nasional, hari-hari kita disogokkan dengan pelbagai isu yang jelik di dengar tetapi dalam masa yang sama kita terus mengunakan apa sahaja yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional, tetapi setelah pembangkang mengambil alih mereka masih mengekalkan sumber yang sama seperti kerajaan Barisan Nasional tidakkah mahu kita berkata bahawa bukankah itu bersumberkan yang haram, mengapa kita menjadi pepatung didalam isu ini.

Lihat sahaja kilang arak di jalan Bt. Tiga Shah Alam masih tersergam dan sedang dikembangkan, lihat sahaja di dalam kedai 24 jam masih terjual arak, susur persekitaran bandar-bandar berderetan kedai ‘urut sampai pancut’ yang sahingga kini kian bertambah maju dan memberi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri, mengapa kita tidak mahu mengatakan bahawa tidak kah ini bersumberkan haram.

Jadi kembali kepada kenyataan presiden parti PPBM bolehkah di percayai akan janji kepala-kepala mereka bahawa Melayu akan menjadi ketua negara jika mereka memerintah? tepok dada tanyalah akal.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.