Kiriman pada: Mon, Mar 30th, 2015

Yayasan Pencegahan Jenayah Peringkat Daerah Kurangkan Jenayah Juvana

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDIKuala Lumpur – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) akan mewujudkan cawangannya di peringkat daerah di seluruh negara bagi membendung kegiatan jenayah juvana.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun indeks jenayah menurun kepada 12.6 peratus pada tahun lepas sejak Akta Pencegahan Jenayah 2013 diperkenalkan, namun berlaku peningkatan dalam kes jenayah juvana.

Mereka yang terlibat ialah remaja tidak bersekolah – yang tercicir atau dibuang sekolah – dalam lingkungan umur tujuh hingga 14 tahun.

“Peningkatan kes juvana di kalangan remaja tidak bersekolah membimbangkan kita…satu usaha perlu dilakukan segera bagi mengawal perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Ke-22 MCPF.

Berdasarkan statistik, penglibatan remaja sekolah dalam kes juvana pada tahun lepas menurun sebanyak 17 peratus manakala kes juvana remaja tidak bersekolah pula meningkat kepada 29 peratus.

Ahmad Zahid berkata peningkatan itu berpunca daripada penyalahgunaan dadah.

“Bagi membendung masalah tersebut kita perlu mendidik dan memberi pendedahan kepada remaja yang masih berada di bangku persekolahan tidak kira di sekolah rendah mahu pun di peringkat sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata penubuhan MCPF di peringkat daerah akan mendorong lebih banyak sekolah mewujudkan kelab pencegahan jenayah masing-masing bagi mendidik golongan remaja supaya tidak terlibat dengan aktiviti tersebut.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.