Kiriman pada: Wed, Mar 11th, 2015

Yayasan Sime Darby Sumbangkan Bantuan Bernilai RM2.2 Juta Bantu Mangsa Banjir

Kongsi maklumat ini
Tags

TAN SRI MOHD DAUD ISMAILKuala Krai – Yayasan Sime Darby menyumbangkan bantuan bernilai RM2.2 juta untuk keperluan mangsa banjir di pantai timur sejak Januari lalu.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata pihaknya bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mercy Malaysia bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa berkenaan.

“Bantuan yang dihulurkan termasuklah membina 87 buah penempatan sementara atau rumah transit kepada penduduk di Kampung Tualang, Kampung Bekok dan Jalan Geale.

“Selain itu, kita turut mengagihkan kira-kira 1,000 kit kebersihan, generator mudah alih, tiga telaga tiub dan kelengkapan sekolah kepada penduduk di jajahan ini,” katanya dalam ucapan pada Majlis Penyerahan Penempatan Perlindungan Sementara Yayasan Sime Darby dan Mercy Malaysia kepada 21 penduduk di Kampung Bekok.

Pembinaan rumah transit berkenaan merupakan bantuan kemanusiaan untuk meringankan beban yang ditanggung mangsa selepas kehilangan rumah dalam kejadian banjir besar Disember tahun lepas.

Sementara itu, Norazam berkata sebuah rumah yang bernilai RM10,000 hingga RM15,000, dilengkapi dua buah bilik tidur serta sebuah tandas dapat dibina dalam tempoh tiga hingga lima hari.

“Bagi penduduk yang tiada milikan tanah, kami akan bina di atas tanah yang telah diberi kebenaran oleh tuan tanah dan Alhamdulillah, ada yang bersetuju beri kebenaran sehingga dua tahun kepada mangsa untuk tinggal di tanahnya,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.