Kiriman pada: Sun, Aug 2nd, 2015

Zahid Hamidi Mahu Anggota Umno Bersatu Perangi Musuh

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDIGeorgetown – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan semua anggota parti supaya bersatu dan tidak memecah belahkan parti, sebaliknya berusaha untuk memerangi musuh dari luar.

Timbalan Perdana Menteri berkata semua anggota UMNO perlu keluar dari zon selesa dan mengambil pendekatan yang lebih berstruktur dalam mendepani musuh terutama perubahan gelombang teknologi komunikasi.

Pihak musuh kini menggunakan teknologi di hujung jari untuk mencari dan mencipta kesilapan agar UMNO nampak bodoh, mundur dan tidak relevan, katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru.

“Kita harus berada di barisan hadapan, kita perlu terus memperkasakan UMNO. Kita perlu terus mara dan maju sebab permasalahan kita sukar dipecahkan dari luar tetapi mudah sangat untuk dipecahkan dari dalam. Apa yang berlaku di kalangan kita adalah usaha untuk memecahkan dari dalam,” katanya.

“Ya, perbezaan pendapat di kalangan kita boleh diraikan. Anda boleh membenarkan perbezaan pendapat. Islam juga membenarkan perbezaan pendapat tetapi akhlak yang harus ada di dalam menangani perbezaan itu mesti ada ketertiban, tatasusila, ada usaha untuk menjaga air muka walaupun berbeza pendapat,” katanya.

Beliau berkata persepsi yang dicipta oleh pihak musuh itu menyebabkan khalayak mempercayai fitnah mereka sehingga UMNO dan Barisan Nasional kecundang di beberapa negeri pada pilihan raya umum yang lepas.

Katanya budaya selesa akan menghalang anggota UMNO daripada menguasai teknologi baharu dalam bidang komunikasi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.