Kiriman pada: Tue, Feb 7th, 2017

Zaid Sah Sertai DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

Petaling Jaya – Spekulasi mengatakan Datuk Zaid Ibrahim menyertai DAP terjawab apabila bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengesahkan penyertaannya dalam parti itu hari ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu itu memilih DAP berbanding parti lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana berasa lebih selesa dengan parti berkenaan.

“Saya memilih menyertai DAP kerana selesa dengan parti ini, apa salahnya? ramai kawan saya berada dalam DAP”.

“Saya tidak menyertai PPBM kerana sudah banyak pemimpin Melayu yang terkenal dan hebat di dalamnya, lagipun DAP kurang pemimpin Melayu,” katanya pada sidang media di kediamannya, hari ini.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang hadir dimajlis tersebut, Zaid turut berkata, beliau tidak berhasrat untuk merebut sebarang jawatan dalam DAP tetapi mendakwa mahu membantu pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kali ini kita ada banyak isu, sudah tentu perlu bekerja untuk menerangkan kepada rakyat, khasnya orang Melayu tidak kira di bandar atau luar bandar,” katanya.

Zaid turut optimis beliau mampu menang dalam PRU akan datang jika diberi peluang untuk bertanding oleh pucuk kepemimpinan DAP.

Kit Siang pula berkata, Zaid tidak akan menjadi ‘primadona’ dalam DAP, sebaliknya perlu bekerja bersama parti.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.