Kiriman pada: Fri, Jan 8th, 2016

Zizan Kahwin Tahun Ini?

Kongsi maklumat ini
Tags

Ramai peminat yang memberi komen tentang status diri pelawak, pelakon dan pengacara Zizan Razak yang masih solo.

Melihat kepada perkembangan kerjayanya yang semakin berjalan lancar, adakah Zizan bakal menamatkan zaman bujang pada tahun 2016?

“Saya memang sudah lama pasang niat untuk berkahwin. Tetapi saya sendiri tidak tahu bila saya akan menamatkan zaman bujang kerana jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan.

“Niat itu memang ada tetapi saya masih solo buat masa ini. Jadi, pada tahun ini, ada baiknya jika saya memberikan sepenuh tumpuan kepada perkembangan kerjaya saya sebagai pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan usahawan,” kata Zizan yang ditemui di majlis pelancaran telefilem, Oh My Ganu 2.

Memegang watak Zizan menerusi telefilem kelima dalam siri Oh My English itu, Zizan menyuntik elemen komikal dan kartun dalam karakter yang dibawa olehnya.

“Memandangkan peminat siri Oh My English ini kebanyakannya datang daripada golongan kanak-kanak dan remaja, saya harus tampil dengan cara berbeza.

“Saya selitkan karakter yang begitu bersahaja dan mempunyai ciri-ciri kartun serta komikal. Saya juga mengkaji cara lakonan dan lawak yang bersesuaian dengan remaja dan kanak-kanak,” kata Zizan lagi.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.